BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 10 January 2010

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Aku masih ingat......


"Bising azan atu eh"

Insan yang mengatakan sedemikian adalah seorang Muslim.


Aku masih ingat....


Pada satu hari,

Diriku: "Kau free?Mau ikut kem ibadah?"

A:"Free plang. Liatlah.."

Hari yang lain,

B: "Kau free weekend? Mau join liat wayang?"

A: "Ada kerja plang, tapi aku ikut saja."


Aku masih ingat...


Betapa sikitnya orang yang menghadiri Majlis Ma'al Hijrah yang penuh dengan zikir serta doa dan betapa ramainya orang yang menyaksikan Sambutan Hari Raya yang sikit dengan doa tapi banyak nyanyian.


Aku masih ingat....


Orang Brunei yang mengatakan kita, umat Islam, mesti lebih maju, dikatakan ekstremis oleh rakan senegara dan seugama sendiri.


Aku masih ingat.......


Bila azan berkumandang, hanya sedikit sahaja yang turun.


Aku masih ingat.......


Azan sahabatku yang selalu azan dikritik oleh orang Islam sendiri.


Aku masih ingat.......


Sahabatku selalu digelar sebagai 'penganjung' kerana dia selalu berbuat baik.


Aku sedar......


Islam atau perkara yang Islamik dianggap ganjil oleh sebahagian masyarakat Islam sendiri.



Diriku mahu menjadi orang ganjil.


“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Riwayat Muslim]

0 comments: