BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 19 June 2009

Selepas Exam


Assalamu'alaikum Warrahmah,

Exam dah pun habis.....Rasa Bahagia...Alhamdulillah:)

Sekarang hanya tinggal doa dan tawakkal. Moga diberi kejayaan setelah berhempas-pulas mengulang-kaji untuk peperiksaan.




Kat atas tu,doa-doa meminta kejayaan dari peperiksaan.

Tuesday, 9 June 2009

Perkumpulan Semula Kem Ibadah Di Nottingham

Assalamu'alaikum Warrahmah,

Dah nak hampir 2 bulan lebih dah perkara ne, saja je nak kongsi sedikit sebanyak apa yang kami lakukan. Manatau, ada orang berminat nak lakukan benda yang sama, nak tingkatkan silaturrahim serta ukhuwah dan kesedaran terhadap Islam. :)



Gambar kat atas ini kitorang berbincang tentang kebangkitan Islam, zaman kegemilangan Islam dan kemudian zaman keruntuhan Islam. Gambar kat atas diambil kat Musolla Nottingham University.


Gambar ne plak kat rumah seorang teman yang akan menghabiskan pengajian masters tahun ini. Kitorang sambung perbincangan dan kali ini, kita berbincang tentang matlamat hidup dan tanggungjawab individu Muslim.

Pada hari selepasnya, pergi Matlock, hampir ngan Derby. Tempat ini kat atas bukit, perlu naik cable car.


Lepas tu, kitorang lihat tempat tu. Cantik dan indah. Teringin nak kesana lagi sekali. Kitorang tak sempat nak lihat semua tempat. Sabar je la. Lagipun, masa tu ada teman-teman nak balik awal ke tempat diorang, takkan nak paksa kot?:)


Lepas tu kitorang ada sikit talk, nak cakap tentang alam. Lepas kita lihat macam-macam jenis keindahan, kena bagi reminder la sikit. Semua tu kan dari Allah gak, tapi kita manusia sering lupa. Firman-Nya;

"Dan nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman; diulang sebanyak 31 kali)





Lepas tu, balik, solat, makan, solat dan kemudian tidur. Esoknya, kitorang bangun pukul 4 pagi dan pergi ke train station dalam pukul 4.30. Train start bertolak pukul 5.30. Sempat gak solat Subuh kat train station. Tapi lepas tu, mengantuk la. Tapi tahan, dalam train baru nak tidur.:)

“Jangan sepelekan kebaikan sekecil apapun, meski hanya dengan menjumpai saudaramu dengan wajah berseri-seri.” (HR. Muslim dan Tirmidzi)."

Monday, 8 June 2009

Hijab Hati dari Allah

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Hijab berasal dari perkataan Arab, حجب, yang membawa maksud menyelindungi, menutupi dan melindungi. Hijab hati bermaksud melindungi hati dari mengenal sesuatu, di dalam konteks ini Allah SWT. Susah dikesan tatkala isyarat diri ini telah lali dengan mata hati kita sendiri, seperti yang difirmankan oleh Allah SWT:

“Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka merendahkan diri! Tetapi hati mereka keras, dan syaitan menampakkan indah bagi mereka apa yang mereka buat.” (Al-an'aam:43)

Ia adalah diantara bahaya yang paling besar dan seksaannya adalah jauh lebih besar dari seksaan Neraka Jahannam;

“Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-bena tehijab dari (melihat) Rabb mereka. Kemudian, sesungguhnya mereka benar-benar masuk neraka” (al-Muthaffifin [83]: 15-16).

Ada sepuluh perkara yang membuatkan hati kita terhijab:

1.Hijab Ta'hilm; apabila kita tidak percaya dengan Asma serta sifat-sifat Allah. Ini merupakan hijab yang paling tebal. Barang siapa yang terkena maka di tidak dapat mengenal Allah dan hidayah-Nya tidak sampai kepadanya.

2.Hijab Musyrik: bila kita menyekutukan Allah. Hati berolak kepada selain Allah.

3.Hijab bid'ah Qauliyyah: mengadakan ucapan yang salah yang tidak ada dalam ugama.

4.Hijab bid'ah 'Amaliyyah: bila membuat perbuatan ibadah tanpa berlandaskan sesuatupun dari ugama.

5.Hijab Pelaku Dosa Besar Batiniyyah: takabbur, riya', hasad dengki,sombong dan tamak.

6.Hijab Pelaku Dosa Besar Lahiriyyah: mengamalkan dosa besar, akan tetapi mereka lebih baik dari yang kelima. Kerana kelompok yang kelima, hati mereka mereka dah pun maqam dalam diri mereka; di mana mereka kadang-kadang menunjuk-nunjuk dalam beribadah. Manakala Lahiriyyah lebih dekat dengan taubat, kerana hati mereka belum tentu dihijab dengan dosa besar Batiniyyah.

7.Hijab Pelaku Dosa Kecil.

8.Hijab orang yang berlebih-lebihan dalam perkara mubah(harus).

9.Hijab orang yang lalai dalam misi penciptaannya: demi untuk beribadah dalam bentuk zikir, syukur dan hal-hal keabdian (ubudiyyah) secara konsisten.

10.Hijab orang yang berusaha, tapi berhenti di tengah jalan.

Kesemua ini boleh menyekat hati kita untuk lebih mengenali dengan Allah. Kesemuanya berasal dari empat unsur: Jiwa, Syaitan, Hawa Nafsu dan Dunia.

Berdoalah kita kepada Allah agar kita dihindari dari hijab-hijab hati yang di atas. Moga kita diberi cahaya serta hidayah dalam mengenali Allah SWT, Rasullullah SAW serta Islam.

                                                

Sunday, 7 June 2009

Solat yang Efektif

Assalamua'alaikum Warrahmah,


Selain daripada mengetahui syarat-syarat Solat,rukun-rukunnya serta sunat-sunatnya, berikut adalah tips untuk menjadikan Solat kita lebih efektif, diterima oleh Allah SWT:

1.Bagi sesiapa yang tidak memahami bahasa Arab, cuba cari makna-makna Surah serta bacaan-bacaan dalam sembahyang. Contoh: Al-Fatihah, Tasbih, Tahiyyat dll. Jika dihayati, makna-makna tersebut memberi kesan yang mendalam dalam kekhusyukan kita bersolat. Kita lebih menumpukan perhatian terhadap pengertian-pengertian bacaan tersebut.

2.Kosongkan hati dari urusan-urusan dunia. Kena ingat, ia tidak dapat dilakukan ketika sembahyang. Jika difikirkan, takut rosak solat.

3.Ingatlah bahawasanya Allah mengawasi segala pergerakkanmu. Teringat ceramah Pehin Mufti. Lebih kurang begini;

"'Ulama yang terkenal *saya tak ingat namanya* berkata: Aku bersembahyang seolah-olah Ka'bah di depanku, Maut di belakangku, Titian As-Sirot dibawahku,Syurga di kananku, Neraka di kiriku, dan Allah sentiasa melihat dari atasku."

4.Menaruh sepenuh harapan supaya Allah terima sembahyang kita. Ulangkan selalu dalam hati kita sebelum bertakbiratul ihram dengan ucapan para sufi yang bermaksud:

"Tuhanku! Engkaulah jua maksud tujuanku, dan keredhaan-Mu jua tuntutanku." 

5.Berasa malu kepada Allah. Takut ada cacat cela dalam mengerjakan sembahyang seperti 
bacaan yang tidak bertajwid dan sebagainya. Cuba tingkatkan lagi dengan menuntut 'ilmu dari orang yang lebih tahu.

6.Ingat yang Allah itu Maha besar, Maha Suci, Maha Mulia dan Maha Tinggi. Dialah yang patut disembah.

7.Hindari tempat yang bising atau mempunyai gangguan dari segi pandangan, pendengaran atau gerakan.

8.Takut jika Solat-solat kita tidak diterima. 

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hamba-Nya ialah para ulama.." (Al-Faatir:28)

InsyaAllah, jika dibuat perkara-perkara di atas, moga Solat kita diterima dan diberi ganjaran dari Allah SWT.

"Telah berjaya orang-orang yang beriman(1) Yang khusyuk dalam melakukan solatnya(2)"
(Surah Al-Mu'minun, ayat 1-2)

Solat yang efektif itu juga menghindari dari kemungkaran dan maksiat:

"Sesungguhnya Solat itu mencegah kamu melakukan perkara jahat dan mungkar..."
(Al-'Ankabut:45)



Tuesday, 2 June 2009

Menggantungkan Ayat Al-Quraan boleh membawa kepada syirik?

Assalamua'alaikum Warahmatullah,




Sekadar untuk peringatan..

Ustaz Zaharuddin is awesome!

hehhe:)