Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh
Ingin berkongsi ceramah Ustaz Pehin Haji Badaruddin sempena dengan Isra' Mi'raj yang telah disampaikan di Masjid Serdang.
Yang saya ingat:
"Di waktu kesusahan ani, kitani digalakkan untuk mengadakan ibadah khusus contohnya: Qunut Nazilah, Solat Hajat, dan Zikir-zikir menolak bala."
" Qunut Nazilah tidak disyaki lagi kesahihan lagi. Ia disunatkan dalam mazhab Syafi'ee. Akan tetapi Qunut Nazilah hanyalah dilakukan bersempena dengan sesuatu kesusahan atau bala seperti yang kita alami sekarang Wabak H1N1"
Doa tersebut bolehlah dibaca di laman: http://qunut-nazilah.blogspot.com/
Dihukumkan Sunat adalah berasaskan dari Hadis Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan Qunut Nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.
"Solat Hajat seperti yang kita ketahui memanglah patut diamalkan.."
"Berikutan dengan kuarantin, terdapat satu riwayat yang menqiyaskan tentangnya:
Hadis Abdullah bin Abbas r.a.:
Sesungguhnya Umar bin Al-Khattab pergi ke Syam. Apabila sampai ke sebuah dusun yang bernama Sarghi, beliau telah dikunjungi oleh penduduk di sekitarnya, iaitu Abu Ubaidah bin Al-Jarrah dan para pengikutnya. Mereka mengkhabarkan bahawa wabak (penyakit taun) telah berjangkit di Syam. Ibnu Abbas berkata setelah mendengar berita itu, Umar berkata:
Aku melaksanakan perintah Umar. Umar mengajak mereka berbincang dan memberitahu kepada mereka bahawa wabak telah berjangkit di Syam. Mereka telah berbeza-beza pendapat mengenai berita tersebut. Sebahagian di antara mereka berkata:
"Engkau pergi untuk suatu urusan yang besar, jadi kami tidak sependapat sekiranya engkau pulang."
Sebahagian yang lain pula berkata:
"Engkau diikuti oleh orang ramai dan para sahabat Rasulullah s.a.w., jadi kami tidak bersetuju apabila engkau membawa mereka menuju ke wabak ini."
Umar berkata:
" Tinggalkanlah aku! "
Kemudian beliau berkata lagi:
"Tolong panggilkan para Ansar".
Aku pun memanggil mereka. Ketika mereka diminta berbincang, mereka telah berbeza-beza pendapat sebagaimana para sahabat Muhajirin. Umar berkata:
"Tinggalkanlah aku!"
Lalu beliau berkata lagi:
"Tolong panggilkan para pembesar Quraisy yang berhijrah sewaktu penaklukan dan sekarang mereka berada di sana."
Aku memanggil mereka dan ternyata mereka telah sepakat kemudian berkata:
"Menurut kami, sebaik-baiknya engkau bawa sahaja mereka pulang dan tidak mengajak mereka memasuki kawasan wabak ini."
Lalu Umar menyeru di tengah-tengah orang ramai: Aku akan memandu tungganganku untuk pulang, pulanglah bersamaku. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah bertanya:
" Apakah itu bererti lari dari takdir Allah? Umar menjawab: Harapnya bukan engkau yang bertanya wahai Abu Ubaidah!"
Memang Umar tidak suka berselisih pendapat dengan Abu Ubaidah.
"Ya, kita lari dari ketentuan (takdir) Allah untuk menuju kepada takdir Allah yang lain. Apakah pendapatmu seandainya engkau mempunyai seekor unta yang turun di suatu lembah yang mempunyai dua keadaan, satunya subur dan satu lagi tandus. Adakah jika engkau mengembalanya pada tempat yang subur itu bukan bererti engkau mengembalanya kerana takdir Allah? Begitu pula sebaliknya, bukankah engkau mengembalanya kerana takdir Allah juga? "
Lalu datanglah Abdur Rahman bin Auf yang baru saja tiba dari suatu keperluan. Beliau berkata:
"Sesungguhnya aku mempunyai pengetahuan mengenai masalah ini. Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya. "
Mendengar kata-kata itu Umar bin Al-Khattab memuji Allah, kemudian beredar meninggalkan tempat itu "
Jadinya, ternyatalah kuarantin itu berpandukan dari Islam dan Sunnah Nabi."
"Dan Islam juga mensyariatkan supaya tidak panik serta konsisten dalam beribadah. Jangan pula di waktu kita susah kita lebih mengingatinya, lebih kuat beribadah. Di waktu senang, kita lupa pula.
Hal yang sedemikian rupa diceritakan dalam surah Al-Ma'aarij ayat 19-35:
[25]Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta); [26]Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);
[30]Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela; [31]Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
Kenalah Istiqamah.."
Itu sajalah yang saya ingat. Moga ia berfaedah buat Ikhwan semua.
Wassalam
