Well, as from the title, this is my third blog. It's main aim is to inspire young Muslims to be aware of Islam, not just as their religion but as their way of life; how they cope with certain issues, be them worldly or not.
Sebagai, pembuka blog, adalah baiknya nak berkata sedikit sebanyak tentang salam. Apa dia salam? Salam bermaksud kata sambutan yang digunakan oleh orang Islam. Salam datang dalam bermacam bentuk; yang kita selalu dengar ialah "Assalamu'alaikum" yang bermaksud salam sejahtera keatas kamu.
Dari sini kita dapat lihat Salam adalah satu doa untuk saudara seIslam kita. Mengapa lidah kita lebih ringan mengatakan hi, bye, hello? Mengapa lebih suka mengeluarkan kata-kata yang tidak membawa makna langsung itu? Mengapa kita tidak memakai budaya Islam kita sendiri?
Hukum memberi salam adalah sunat dan hal yang sedemikian adalah dituntut oleh Rasullullah S.A.W. kerana baginda melazimi serta membiasakan dirinya dengan salam. Orang yang diberi salam maka, wajib keatasnya membalasnya. Hendaklah dia membalas salam itu lebih atau sama tarafnya. Contoh:
Fulan A: Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh B!
Maka B hendaklah menjawab seperti berikut:
Fulan B: Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh..
Perkara ini disyariatkan dalam Al-Quran, surah An-Nisa ayat 86 yang bermaksud:
"Dan apabila di ucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu."
Diantara adab-adab dalam memberi salam:
1. Disunnatkan memberi salam ketika memasuki rumah, walaupun ia kosong.
"Dan apabila kamu akan masuk ke suatu rumah, maka ucapkanlah salam atas diri kalian" (An-Nur: 61)
2.Makruh memberi salam kepada orang yang membuang hajat atau di dalam bilik air.
Hadith Ibnu Umar Radhiallaahu 'anhuma yang menyebutkan "Bahawasanya ada seseorang yang lewat sedangkan Rasulullah sedang buang air kecil, dan orang itu memberi salam. Maka Nabi tidak menjawabnya". (HR. Muslim)
3.Janganlah memberi salam kepada orang yang bukan beragama Islam.
" Janganlah kalian terlebih dahulu memberi salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani....." (HR. Muslim).
Dan apabila mereka yang memberi salam maka kita jawab dengan mengucapkan "wa `alaikum" saja, karena sabda Rasulullah :
"Apabila Ahlu Kitab memberi salam kepada kamu, maka jawablah: wa `alaikum".(Muttafaq'alaih).
Dan apabila mereka yang memberi salam maka kita jawab dengan mengucapkan "wa `alaikum" saja, karena sabda Rasulullah :
"Apabila Ahlu Kitab memberi salam kepada kamu, maka jawablah: wa `alaikum".(Muttafaq'alaih).
4. Janganlah mengira siapa hendak diberi salam, siapa tak. Berilah salaam kepada orang yang dikenali atau tak.
Di dalam hadith Abdullah bin Umar disebutkan bahwasanya ada seseorang yang bertanya kepada Nabi : "Islam yang manakah yang paling baik? Jawab Nabi: Engkau memberikan makanan dan memberi salam kepada orang yang telah kamu kenal dan yang belum kamu kenal". (Muttafaq'alaih).
6. Digalakkan bersalam tangan selepas memberi salam (lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, atau untuk mahram).
"Tiada dua orang muslim yang saling berjumpa lalu berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah" (HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh Al-Albani).
7. Sunat memberi salam ketika memasuki satu majlis dan ketika meninggalkannya.
"Apabila salah seorang kamu sampai di suatu majlis hendaklah memberikan salam. Dan apabila hendak keluar, hendaklah memberikan salam, dan tidaklah yang pertama lebih berhak daripada yang kedua. (HR. Abu Daud dan disahihkan oleh Al-Albani).
8. Disunatkan memberi salam sebanyak tiga kali, jika yang diberi salam ramai bilangannya.
Di dalam hadits Anas disebutkan bahwa Nabi apabila ia mengucapkan suatu kalimat, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada suatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali" (HR. Al-Bukhari).
9.Sekiranya beramai-ramai memberi salam menjadi sunat kifayah. Sunat kifayah bermaksud; sunat ke atas kumpulan ramai tersebut memberi salam. Apabila seorang melakukannya, pahalanya akan diperolehi oleh semua. Menjawab salam pula, sekiranya berseorangan hukumnya menjadi fardhu ain. Sekiranya beramai-ramai, menjawab salam menjadi fardhu kifayah. Sekiranya seorang menjawab salam, gugurlah tuntutan atas semua orang lain. Sekiranya semua yang hadir menjawab salam, itu lebih baik.
“Cukuplah bagi sekumpulan manusia apabila mereka melintasi orang lain dengan salah seorang mereka memberi salam. Dan cukuplah bagi kumpulan yang duduk dengan salah seorang mereka menjawab salam.” (hadis riwayat Abi Dawud)
Berikutlah 'ilmu yang saya ingin kongsikan. Harap ia berguna bagi saudara-saudari sekalian. Bagi sesiapa yang menghadapi exam;
Allahummarzuqnan Najah fil Imtihan. Amin.
Bittaufeeq Wannajah.
Wassalam.

0 comments:
Post a Comment