BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 21 May 2009

Exams


Assalamua'alaikum Warahmatullah,


Memandangkan waktu peperiksaan dah pun bermula, jadi kenalah perlahan-lahan nak update blog ne. Post ne saja nak beritahu kitorang ada exam (dan nak kongsi something sikit):)

Time exam ne macam-macam la tips yang diberikan. Tak semua tips bersesuaian dengan semua orang. Ada yang lebih senang belajar masa malam dan ada plak masa siang. Terpulanglah kepada masing-masing. Tapi kesabaran patut ada dalam jiwa diri masing-masing.

Apa makna sabar? Sabar ialah  menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak-selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Dah nak exam ne, bleh dikatakan nak tegang urat kepala kita; stress rasanya. Ini baru ujian kecil saudara. Kita belum diuji dengan ujian yang lagi besar. Cuba kita pikirkan saudara-saudara kita di Palestin? Mereka dizalimi oleh rejim Zionis. Kita bukan dizalimi oleh siapa-siapa, malah ini peluang untuk kita menggapai kejayaan dan cita-cita kita. Kita nak jadi geologist, economist, politician, chemist dan macam-macam. Tapi kalau tak sabar dapat ke?

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;

* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;

* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;

* tenang/teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.

Tujuan kita untuk bersabar ialah:

1. Menunaikan ibadah kita dengan tenteram dan tabah dalam mencapai kesempurnaan dalam melaksanakannya.

2. Untuk menunjukkan ketekunan Iman kita dalam menghadapi ujian dari Allah Subhanahu Wata'aala. Ingat ayat ne:

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (QS. Al-'Ankabut:2) 


3. Demi mencapai kebaikan dunia dan akhirat.

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar," (QS. Al-Baqarah:155)

Ingatlah, ayat di atas menyuruh kita tabah mengharungi kehidupan ini. Kena Istiqamah. InsyaAllah apa yang kita mahukan di dunia dan akhirat, akan terlaksana.

Ingatlah, dengan sabarlah ibadahmu sempurna. Ingatlah, dengan sabarlah kamu berjaya. Ingatlah dengan sabarlah, Imanmu bertambah.

Berdirilah,
Pandang ke depan,
Tegakkan badanmu,
Gerakkanlah kakimu,

Maju ke depan,

Janganlah engkau berhenti,
Walau ada onak-onak di depanmu,
Janganlah engkau berhenti,
Hinggalah engkau sampai ke destinasimu..

Yakin kepada diri kita.

Sekian.

Wasalam.

0 comments: