Assalamu'alaikum Warrahmah,
Musim peperiksaan sudah pun tiba. Anda sibuk mengulangkaji segala modul-modul yang telah dipelajari. Waktu tidur semakin lewat dan jangkanya pula semakin kurang. Aktiviti-aktiviti kokurikulum semakin berkurangan. Solat hajat pun selalu dilakukan. Doa-doa meminta kejayaan kerap diamalkan.
Tapi....
Adakah anda sabar dalam menghadapi peperiksaan?
Adakah sembahyang semakin bertambah?
Adakah solat anda tidak tertangguh?
Adakah anda telah menunaikan perkara-perkara yang fardhu?
Adakah zikrullah semakin bertambah?
Adakah niat hendak lulus peperiksaan itu ikhlas?
Adakah niat anda untuk Allah?
Adakah niat anda untuk membina kesejahteraan Ummah?
Adakah amalan anda lebih baik dari hari-hari sebelumnya?
Adakah anda rasa mampu meneruskan doa-doa dan solat hajat selepas peperiksaan?
Adakah anda akan rasa bersyukur bila mendapat keputusan yang bagus?
Adakah anda dapat meneruskan perkara-perkara di atas dan beristiqamah melakukannya?
Adakah anda tahu sepanjang hidup anda, anda sedang menjalani peperiksaan?
Adakah anda bersedia untuk Akhirat?
Renungkanlah.
“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengn sempurna balasanmu. Barangsiapa dijuhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh, dia memperoleh kemenangan,dan kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (Ali 'Imran:185)
Sunday, 16 May 2010
Peperiksaan
Posted by Ad-Dhiya' at 03:25
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment